Ahad, 14 Ogos 2011

DK DESAKU KINI KEMBALI (KUPAS ISU PAKCIK SULONG)

Salam 2all...,


Kali terakhir blog ini diupdate ialah pada 15 November 2010...tepat2 sembilan bulan ianya berdiam diri...tiba2 hari ini, 15 Ogos 2011 ia muncul kembali...


Bukan kerana kekurangan idea atau bahan untuk paparan pembaca, tapi kerana kesuntukan masa admin untuk mengupload bahan2 yang sesuai...tapi itu hanyalah secabang dari masalah admin, sebab sebenarnya satu sebab yang paling kelakar ialah bila admin terlupa login dan password untuk masuk ke blog DK ni..hahahaha...bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikat sebenarnya...

Sebenarnya banyak juga aktiviti dan program di peringkat kampung telah terlaksana sepanjang tempoh blog DK ini 'tidur'. Walaubagaimana pun DK tidak mahu membicarakan soal program atau aktiviti yang telah berlangsung kerana itu semua akan di paparkan dalam berita-berita lain nanti. 



Apa yang ingin DK bicarakan ialah mengenai isu Pak Cik Sulong yang memiliki 2 kad pengenalan serta mempunyai 2 nama dalam senarai SPR. Sila rujuk http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/pakcik-sulong-kenapa-pakcik-ada-dua-no.html dan http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/sulong-bin-jalil-tidak-boleh-undi.html


Menarik... kerana isu ini telah dimainkan oleh blog pro-pembangkang sebagai 'kecurangan' kerajaan BN dalam meraih dan mengekalkan pemerintahan di Malaysia. Dan yang menarik lagi, tak semena-mena seorang penduduk Durian Kassim menjadi perhatian se Malaysia. Glemer la Pak Cik Sulong...


DK tak mahu mengulas apa yang isu yang dimainkan pembangkang tu... DK hanya nak menjelaskan isu ini berdasarkan kenyataan dari tuan punya diri iaitu Pakcik Sulong sendiri.


Kalau tak silap ini kali kedua isu Pakcik Sulong ni timbul, cuma dulu tak berapa heboh sebab belum ramai yang membaca blog2 di internet. DK dapat maklumat isu ini dari mukabuku..(pinjam dari Najwa Latif) atau facebook sdr Haleem Ar-Rahman yang mendapat mesej dari facebook Tuan Loyar minta di siasat isu ini. Untuk makluman HAR adalah salah seorang yang perihatin tentang isu penduduk di DK, manakala Tuan Loyar adalah bapa saudara (sabit) kepada drsepet http://diaridrsepet.blogspot.com/ jiran kepada Pakcik Sulong, sekarang bertugas di Johor Bharu.

Nama penuh Pakcik Sulong ialah Sulong bin Jalil, tapi di kampung nama Sulong jarang digunakan kerana dia lebih dikenali dengan nama Bakar (Bakkor). Kerja beliau ialah sebagai PA di syarikat minyak BHP.. bukan Personal Assistant, tapi Pump Attendant di BHP Bukit Bading



Kronologi isu ini bermula bila Pakcik Sulong menukar kad pengenalan biru (7 digit) kepada KPT (11 digit). Sepatutnya dia mendapat kod 11 untuk kelahiran Terengganu, tapi sebaliknya JPN telah memberikan kod 01. Pada awalnya tiada masalah kerana dia menggunakan IC tersebut untuk semua urusan termasuk untuk mengundi. 


Masalah mula timbul bila dia ingin memohon untuk mendapatkan bantuan Dana Raya dari Kerajaan Terengganu yang menetapkan IC kod 11 sebagai kriteria utama manakala kod lain perlu membuat rayuan. Rentetan itu dia telah melaporkan masalah tersebut kepada JPN untuk pembetulan. Hasilnya keluar lah pula satu lagi IC untuk beliau dengan kod 11, manakala IC kod 01 telah dibatalkan oleh JPN...bertahun juga lah untuk proses penukaran tersebut.


Selepas mendapat IC baru itu, awal tahun ini (2011) dia telah mendaftar sekali lagi dengan SPR untuk mendapatkan kelayakan mengundi, dan selepas SPR meluluskan permohonan beliau maka timbullah isu ini, nama dengan no KP lama tidak terpadam, nama dengan no KP baru pula disahkan..


Dipendekkan cerita, kesan dari masalah ini Pakcik Sulong telah dinafikan haknya untuk mengundi selama 2 penggal kerana mempunyai pertindihan nama (berdasarkan KP 7 digit - biru) selain kerana di protes oleh pembangkang semasa mendaftar di pusat pengundian (macam mana pembangkang boleh kata dia boleh mengundi 2 kali). Lebih sedih lagi Pakcik Sulong juga telah di reject dari senarai penerima Bantuan Dana Raya selama beberapa tahun (termasuk tahun 2011) kerana masalah teknikal ini.


Kesimpulannya, walaupun glemer seantero Malaysia, tapi Pakcik Sulong telah menangis beberapa tahun selepas haknya dinafikan... kesian Pakcik Sulong...raya tahun ini juga tidak seronok. So, kepada pihak2 yang memainkan isu ini, selidik lah dulu sebelum menuduh yang bukan-bukan.


Sekian, Salam Ramadhan... 
16/08/2011 - Majlis Berbuka Puasa di Masjid Durian Kassim, semua dijemput hadir.

1 ulasan:

  1. Akhirnya....lama juga saya menunggu 'kelahiran semula' blog DK (9 bulan tu - dah macam tempoh orang bersalin, gurau).

    Memang mendukacitakan apabila dapat tahu hal sebenar. Tapi dalam kes orang kampung kita ni, bukannya dia boleh mengundi lebih dari 1kali, tapi langsung tak boleh mengundi disebabkan kesilapan teknikal pihak lain.

    Apapun selamat berpuasa kepada admin dan warga DK, moga DK terus maju dan aman sejahtera.

    BalasPadam